أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Sunday 27 April 2014

SEJARAH PENTERJEMAHAN

Sebelum kita mengenali teori dan kaedah terjemahan dengan lebih mendalam,, mari kita mengenal dahulu asal-usul sejarah penterjemahan ini. Ramai orang mengatakan sesuatu perkara mesti bermula dengan sejarahnya yang tersendiri,, begitu juga dengan terjemahan,, ianya bermula dan terus berkembang sehingga ke hari ini. Jom kita baca sama-sama.....

3000SM : Batu bersurat dua bahasa telah ditemui di Mesir kuno. Dengan penemuan batu bersurat ini maka sejarah penterjemahan bermula.


Gambar 1 : Batu Bersurat Dua Bahasa Mesir


300SM : Orang Roman telah menterjemahkan bahan bacaan mereka dalam bahasa Yunani (Greek) ke dalam bahasa Roman. 

1100M : Pada abad ke-12, Tariq bin Ziyad telah berjaya menakluki Sepanyol. Kesan penaklukan itu, lahir kerajaan Moor di Sepanyol. Bahan bacaan bahasa Arab diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Berlaku penterjemahan secara besar-besaran dalam tamadun Islam ke bahasa Greek. 

Abad ke-12M : Sekolah Terjemahan Toledo di Sepanyol diwujudkan bertujuan untuk menterjemah idea Islam ke dalam bahasa Greek. Termasuklah sains Islam dan falsafah Islam. 

1522M : Martin Luther menterjemahkan Kitab Injil ke dalam bahasa Afrika.


Gambar 2: Injil dalam bahasa Afrika


1611M : Kitab Injil diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis. 

1790M : Tyler memberikan pendapat bahawa terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah-olah karya tersebut adalah karya asli. 

1900M-1990M : Pemindahan teknologi memesatkan lagi proses terjemahan ke bahasa-bahasa lain seperti negara miskin ke negara sedang membangun, negara sedang membangun ke negara membangun dan sebaliknya. Kegiatan penterjemahan ini amat pentign kerana setiap negara mempunyai bahasa Kebangsaan yang tersendiri. 

1911M : Ensiklopedia Britannica menyiarkan sebuah rencana yang menyatakan bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat. Mutu terjemahannya juga adalah rendah kerana kerjaya tersebut dibuat secara tidak profesional. Ensiklopedia Britannica menyarankan agar terjemahan dibuat secara bermutu tinggi serta tepat. 


Gambar 3: Ensiklopedia Britannica


1923M : Benjamin menamakan terjemahan yang dihasilkan beliau sebagai penyalinan semula. Tahun 1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula.

1948M-1970M : UNESCO mengeluarkan kenyataan bahawa terjemahan pesat berlaku antara empat hingga lima kali ganda dalam tiga bidang iaitu pendidikan, sains dan sains sosial dan kebudayaan. Terjemahan bahasa Inggeris juga giat dilakukan ke dalam bahsa Jerman dan bahsa Russia. 

1959M : Tulisan kesusasteraan, falsafah, sains, perdagangan dan hubungan diplomatik antrabangsa dalam bahasa Latin dan bahasa Perancis telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Daripada bahasa Inggeris ini pula, tulisan tersebut diterjemahkan kepada bahasa-bahasa peribumi di Eropah. 

1961M : Jumplet menamakan abad ke-19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.  

1967M : Kesatuan Ekonomi Eropah mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam bidang ekonomi, jurnal, dan lain-lain. 

1972M : Spitzbart menyatakan bahawa terdapat sebanyak 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun. Eropah memerlukan terjemahan bahan global yang mempunyai nilai komersil.

1980an hingga kini:  Sesudah zaman penjajahan, perterjemahan menjadi semakin penting dalam sesebuah masyarakat. Bahasa penjajah diserapkan kepada penduduk tanah jajahan. Badan Antarabangsa pula, mula menubuhkan perdagangan antarabangsa di samping kemajuan sains dan teknologi yang semakin bercambah dan maju. Bahasa tempatan diperlukan dalam usaha untuk mempromosi bahan-bahan komersial dan pemindahan sains dan teknologi. Oleh itu, peranan penterjemah semakin mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut. 

Di Malaysia juga, badan-badan sepeti Maktab Perguruan Sultan Idris, Institut Terjemahan Negara dan Dewan Bahasa Pustaka turut ditubuhkan bagi memastikan proses penterjemahan dapat dilakukan di Malaysia. Terjemahan bahan-bahan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu juga dilakukan di Malaysia seiring dengan kemajuan teknologi masakini.


 Gambar 4: Contoh Buku Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu




~SELAMAT MEMBACA  DAN SEMOGA BERMANFAAT~



No comments:

Post a Comment