أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Tuesday 17 June 2014

ما أجمل الحكم والأمثال العربي


Assalamualaikum kawan2,,,, huhu tetibe rase rajin pulak nak update blog ni... Hehe,,, actually ana nak bkongsi sedikit peribahasa atau pepatah Arab yang menarik2 berserta terjemahannya.... Haa,,, dengan menghafal peribahasa dan pepatah Arab, kita bukan sahaje dapat menambah vocub kite in Arabic,, tapi serba sedikit dapat gak kenal budaya arab tu secara xlangsung..... Ape lagi,, jommm bace & hapal pepatah Arab di Bawah.... Jom~






إِنَّ العِلْمَ عَزِيزٌ، إِذَا أَعْطَيْتَهُ كُلَّكَ أَعْطَاكَ بَعْضَهُ وَ إِذَا أَعْطَيْتَهُ بَعْضَكَ
لَمْ يَعْطِيكَ شَيْئاً

Sesungguhnya ilmu itu mulia. Jika kamu menyerahkan seluruh usahamu kepadanya, ia akan menyerahkan sebahagian dirinya kepadamu. Dan jika kamu hanya menyerahkan sedikit sahaja usahamu kepadanya, ia tidak akan menyerahkan dirinya langsung kepadamu.


عَلَى قَدَّ لحافكَ مَدَّ رَجُلَيْكَ

Lunjurkanlah kakimu setakat yang mampu ditutupi selimutmu ( yakni belanja sekadar keperluan)


القَرْدُ فِي عَيْنِ أُمِّهِ غَزَالٌ

Seekor monyet adalah seekor gazel (sejenis rusa kecil) di mata ibunya.


النَّاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ

Agama raja itulah agama rakyat


إِذَا كَانَ صَاحِبُكَ عَسْلاً لاَ تَلْحِسْهُ كُلَّهُ

Jika temanmu adalah madu, jangan jilat dia sama sekali


الشَّكَوَى سِلاَحُ الضُّعَفَاءِ 

Aduan adalah senjata orang lemah



هِمَّةُ الرِّجَالِ تَهْدِمُ الجِبَالِ
Kemahuan lelaki dapat meruntuhkan gunung



 لاَ تُؤَخِّرْ عَمَلَ اْليَوْمِ لِغَدٍ
Janganlah menangguhkan pekerjaan hari ini sampai hari esok



 لَوْلاَ العِلْمُ لَكَانَ النَّاسُ كَالبَهَائِمِ

Seandainya tiada ilmu nescaya manusia itu seperti binatang.


 مَوَدَّةُ الصَّدِيْقِ تَظْهَرُ وَقْتَ الضِّيْقِ

Ketulusan sahabat itu, akan nampak pada waktu kesempitan.
  


 بَيْضَةُ اليَوْمِ خَيْرٌ مِنْ دَجَاجَةِ الغَدِ

Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.



Menarik tak pepatah Arab yang saya kongsikan ni??????   Pepatah ni antum semua boleh jadikan iktibar dalam kehidupan... Lagi 1 kalau kite start hafal 1 pepatah Arab setiap hari, lme2 nescaye akan jd banyak... Ibarat sehari selembar benang............. Sehingga kita berjumpa lagi... Daaaaaaaa ~ مع السلامة وإلى اللقاء



~ SELAMAT MEMBACA & SEMOGA BERMANFAAT ~

No comments:

Post a Comment