أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Tuesday 17 June 2014

SUBHANALLAH!!!

Bismillah,

Subhanallah...Indahnya  Bahasa Arab...Kita sering mengungkapkannya namun kita tidak pernah menghayatinya...
Jadi pada hari ini kami ingin kongsikan sebuah kisah yang amat menarik untuk renungan dan pengajaran buat kita bersama...Mari kita renungi dan hayati bersama kisah ini...


Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa sesungguhnya Dhimad telah datang ke Mekah dan dia berasal dari kaum kabilah Azd Syanu’ah. Beliau sering menjampi untuk mengubat penyakit gila.

Maka dia mendengar khabar daripada golongan bodoh di kalangan penduduk Mekah menyatakan sesungguhnya Muhammad seorang yang gila.
 Maka Dhimad berkata : Kalau aku berjumpa dengan lelaki ini [Muhammad] semoga Allah menyembuhkannya dengan sebab usaha aku.
Kemudian beliau berjumpa dengan Muhammad lalu dia berkata : Wahai Muhammad, sesungguhnya aku sering menjampi daripada penyakit ini dan sesungguhnya Allah menyembuhkannya dengan usaha aku. Bolehkah aku menjampimu?

Maka Rasulullah S.A.W mengucapkan ucapan berikut :

((إن الحمد لله نحمده ، ونستعينه ، [ ونستغفره ] ، [ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ] ، [ومن سيئات 

أعمالنا ] ، من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا 

شريك له ، وأن محمدا عبده ورسوله . أما بعد

[Sesungguhnya segala puji hanya untuk Allah. kami memujiNya dan kami memohon pertolongan denganNya dan kami memohon keampunan dariNya dan kami berlindung denganNya daripada keburukan-keburukan diri kami dan daripada keburukan-keburukan amalan kami. Sesiapa yang memperoleh petunjukNya maka tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan olehNya maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepadaNya.. dan aku bersaksi sesungguhnya tiada ilah yang layak disembah selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad hambaNya dan pesuruhNya. Adapun selepas itu].

Dhimad berkata : Tolong kamu ulang ucapan kamu tadi. Kemudian baginda Nabi S.A.W mengulanginya sebanyak tiga kali.

Dhimad berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar ucapan golongan tukang tenung, tukang sihir, ahli-ahli syair namun aku tidak pernah mendengar ucapan yang engkau lafazkan.

Dhimad berkata : Hulurkan tanganmu, aku berbaiah dengan kamu di atas Islam. Maka dia pun berbaiah dengan Nabi S.A.W.

Nabi S.A.W bersabda : Dan juga ke atas kaummu. Dhimad berkata : Begitu juga kaumku.
 
[ Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Ibn Majah]

Demikianlah kisah salah seorang sahabat yang memeluk Islam kerana terpegun dengan ucapan Rasulullah. Ucapan ini dikenali dengan ucapan Khutbah al-Hajah kerana Nabi S.A.W sentiasa membacanya sebelum menyampaikan ucapan atau khutbah.

Keindahan bahasa arab yang merupakan bahasa pilihan Allah untuk kalamNya yang mulia sangat menusuk jiwa bagi mereka yang memahami dan menghayati sastera bahasa arab. Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan memberi motivasi kepada penuntut-penuntut bahasa arab untuk terus mempelajari bahasa arab walau di mana sahaja berada.

No comments:

Post a Comment