Terjemahan :
1.Dirikanlah solat apabila
saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Qur’an atau bacalah
buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah
dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
3.Berusaha dan
bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah)
kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.
4.Janganlah banyak bertengkar
dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang
kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana
hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana ummat
yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua
perkara.
7.Janganlah saudara meninggikan
suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring
itu adalah sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.Jauhilah mengumpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang
boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan
tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih
banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang
cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment