أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Saturday 14 June 2014

ALAT BANTU TERJEMAH





Assalamualaikum kawan2 semua,,,,
Dah bace entry kami yang lepas??? Kalau dah baca alhamdulillah,, kalau belum,, ha,, cepat2lah bace,,, hehe,, Ok untuk hari ini,, kami akan membincangkan serba sedikit tentang alat bantu terjemah... Alat2 ni sebenarnya memudahkan serta mempercepatkan lagi proses terjemahan yang bakal kita lakukan.... JOm kenali 1 persatu............




 (1) KAMUS

Ha,, alat bantu terjemah yg paling famous adalah kamus.. Ape tu kamus ye??? Kamus adalah himpunan perkataan yang memberi maksud sesuatu perkataan.... Kamus pula ade berbagai jenis. Antaranya ialah :-

1) Kamus Ekabahasa

    - Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan 1 bahasa sahaja. Iaitu kata-kata entri serta                 penerangannya terdiri daripada bahasa yang sama.



Contoh- contoh Kamus Ekabahasa

2) Kamus Dwibahasa

    - Kamus yang menggunakan dua bahasa yang berbeza. Iaitu kata- kata entri menggunakan bahasa 
      lain dan penerangannya menggunakan bahasa lain. Kamus jenis ini yang banyak kita gunakan dalam
      menghasilkan terjemahan. 






 Contoh- contoh Kamus Dwibahasa

3) Kamus Aneka Bahasa atau Multi Bahasa

    - Kamus jenis ini terdiri daripada beberapa bahasa. Iaitu sekurang-kurangya terdiri daripada 3                   bahasa. Kamus jenis ini amat menarik serta memudahkan kita untuk mempelajari dua bahasa baru           dengan  tempoh yang cepat. 





Contoh- contoh Kamus Multi Bahasa


4) Kamus Istilah

    - Iaitu kamus yang entrinya terdiri daripada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang. Kamus ini           memudahkan kita untuk menterjemah istilah-istilah khusus dengan mudah dan tepat.




Contoh- contoh Kamus Istilah
ِ
5) Kamus Etimologi

    - Iaitu sebuah jenis kamus yang menerangkan tentang asal usul sesuatu perkataan dan maksud                 asalnya.


Contoh Kamus Etimologi

6) Kamus Peribahasa

    - Kamus yang menghimpunkan pelbagai peribahasa serta menerangkan maksud yang tepat mengenai       sesuatu peribahasa itu. Memudahkan penterjemah untuk menterjemah peribahasa yang terdapat             dalam teks terjemahan. 




Contoh- contoh Kamus Peribahasa

7) Kamus Tersaurus 

    - Sebuah kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata seerti                 sahaja. Ia bertujuan untuk membantu pengguna mempelbagaikan penggunaan diksi.



Contoh- contoh Kamus Tersaurus



(2) Orang Sumber atau Sasaran

Selain menggunakan kamus, kita juga boleh menggunakan orang sumber sebagai pembantu kita untuk menterjemah. Orang sumber ini mestilah orang yang mahir dalam sesuatu bahasa serta istilah. Kita tidak boleh memilih orang sumber dengan sambil lewa atau ikut suka kerana ia akan memberi kesan kepada terjemahan yang bakal kita lakukan. Seeloknya carilah individu yang betul-betul pakar terhadap sesuatu bahasa. 





(3) Google Translate

Haaa,,,, alat bantu yang paling pantas pada masakini ialah Pak Cik Google. Kita boleh menterjemah pelbagai bahasa dan istilah dengan kadar yang segera dengan hanya menekan google translate. Namun, berhati-hati ya kerana kebanyakan terjemahan yang dilakukan oleh google translate adalah kurang tepat dan agak janggal. Oleh itu, pandai-pandailah kita untuk menyesuaikannya dengan padanan yang paling sesuai serta tepat.




Gambar berkaitan Google translate




Itulah sahaja alat-alat bantu yang boleh kita gunakan untuk menterjemah. Oleh itu, terpulanglah pada kalian untuk memilih menggunakan yang mana satu.... Selamat menterjemah..... Sehingga kita berjumpa lagi... Daaaaaaa ~





~ Selamat Membaca & Semoga Bermanfaat ~

No comments:

Post a Comment