أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Saturday 14 June 2014

Oh My Latihan!!!

Bismillah,

Untuk menjadi seorang penterjemah yang baik, latihan merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipisahkan dari seorang penterjemah. Latihan amat penting bagi seseorang penterjemah. Ini kerana dengan melakukan latihan-latihan dalam peterjemahan akan dapat membuka ruang kepada penterjemah untuk mempraktikkan segala teori terjemahahan. Pembelajaran teori dalam bilik kuliah sahaja tidak memadai. Ia mestilah sentiasa diiringi dengan pelaksanaan latihan yang berulang kali agar mutu dan kualiti dapat dinilai seterusnya dapat ditambah nilai serta ditambah baik sehingga terhasillah suatu terjemahan yang baik. Segala kandungan yang ada dalam sesuatu teks sumber seperti mesej,nilai,budaya,keindahan bahasa dan lain-lain juga dapat diadaptasi dalam bahasa sasaran seterusnya memberi impak dan keseronokan kepada pembaca sasaran. Selain itu, dengan kerapnya latihan yang dilakukan, ia akan memberi motivasi dan merangsang keyakinan dalam diri seseorang penterjemah dalam menterjemahkan sesuatu bahan atau teks. Apabila latihan jarang dilakukan, ini akan menyebabkan seorang penterjemah itu dibelenggu ketakutan dan ketidakyakinan dalam diri penterjemah. Latihan sebenarnya dapat menyediakan diri penterjemah dengan pengalaman yang mana perlu dicari dan digali oleh penterjemah itu sendiri dan tidak boleh dibeli oleh mana-mana orang sekalipun. Jadi marilah sama-sama kita menyiapkan diri kita dari sekarang dengan ilmu dan juga diiringi dengan tatbiq atau praktikal terhadap segala ilmu yang telah kita pelajari khususnya dalam bidang penterjemahan ini.

Sekian.

Contoh-contoh latihan terjemahan teks dan gambar:












No comments:

Post a Comment