أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Sunday 18 May 2014

PERHATIAN SEMUA PENTERJEMAH!!!!!

Bismillah,

Hari ini, kami ingin berkongsi sedikit perkongsian yang mungkin boleh memperbaiki mutu kita sebagai penterjemah.

Sesetengah penterjemah seringkali mengabaikan pembacaan teks bahasa arab secara betul dan tepat. Sepanjang proses pembelajaran di bilik pengajian, kami melihat bahawa para penterjemah kurang teliti apabila membaca sesuatu teks arab. Terdapat banyak kesalahan mudah dan biasa dilakukan oleh kebanyakan penterjemah.

Mengapakah hal ini boleh berlaku???

Kelemahan dan kesilapan yang menjadi faktor berlakunya perkara ini ialah para penterjemah tidak menguasai dua ilmu penting dalam bahasa arab iaitu nahw dan sarf. Pengabaian terhadap dua teras ini menyebabkan penterjemah membaca teks arab dengan salah dan tidak tepat. Ini bukan sahaja merosakkan bacaan teks tersebut malah akan menyukarkan para penterjemah untuk menterjemah mengikut makna yang sepatutnya.

Jadi untuk peringatan bersama, marilah para penterjemah sekalian kita bersama-sama memantapkan dua teras ini. Andainya terdapat sebarang kemusykilan dan persoalan mengenai sesuatu bab, bertanyalah kepada para pensyarah. Janganlah kita mengabaikan aspek pembacaan teks kerana ini juga menggambarkan mutu atau kredibiliti seseorang penterjemah. Nahw dan sarf itu tidak susah. Ia menjadi sukar apabila kita tidak mempraktikkannya dalam pembelajaran dan latihan kita.

Akhir kalam, kita sebenarnya mampu pergi lebih jauh dalam bidang ini. Semua orang mampu menjadi penterjemah yang hebat dan berwibawa Insya Allah.

GO!!GO!!GO!!

#Sibawaih#Apies'z#Zaidi
#Kami#budak#baru#belajar
#Mutarjim#Syabb

No comments:

Post a Comment