أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Wednesday 21 May 2014

TERJEMAHAN BERMASALAH ????

Assalamualaikum kawan2 semua,,, pasti anda tertanya-tanya dengan tajuk entry blog kami kali ini,,



Haa,, setiap orang pasti ada masalah,, jgn risau jika anda sedang mengalami sebarang masalah itu tandanya anda seorang yang normal,,, hehe... Sebenarnya entry kami kali ini, bukan nak katakan terjemahan itu bermasalah seperti manusia tp sebenarnya kita nak bincg mengenai masalah-masalah yang dihadapi penterjemah ketika membuat terjemahan.... Jom baca~



Masalah-masalah yang selalu dialami oleh penterjemah biasanya berpunca daripada andaian-andaian yang tidak disedarinya yang  melemahkan mutu terjemahan seseorang .Kebanyakan masalah itu berhubung antara penterjemah dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi, dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan. Antara masalah tersebut ialah -

1) Pengetahuan tentang Terjemahan yang Kurang

Kebanyakan orang menyangka bahawa terjemahan itu sekadar kerja menggantikan setiap        perkataan dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran, atau menggantikan ayat demi ayat ke dalam bahasa penerima, kemudian diganti dengan perenggan, dan kalau boleh seluruh teks.  Cara terjemahan ini sebenarnya tidak benar dan salah sama sekali. Sebenarnya struktur seluruh karangan itu mestilah diteliti supaya semua unsur yang terkandung dalam teks dapat dipadukan menjadi satu terjemahan yang bermakna.


2) Menerima Terjemahan dengan Membuta Tuli

Tradisi terjemahan membuta tuli telah timbul hasil daripada penterjemahan buku-buku teks dan bahan-bahan lain yang dibuat sekali gus daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Bentuk-bentuk bahasa seperti itu selalu diterima tanpa soal jawab, terutama oleh golongan terpelajar, dan mereka biasanya menganggap bahawa itulah sahaja bentuk bahasa yang boleh digunakan untuk menterjemah bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa asing. Sikap mereka ini kadang-kala terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri.


3)Tidak Yakin pada Bahasa Sendiri

Ramai orang  tidak yakin pada kemampuan bahasa sendiri.  Ramai yang berpendapat bahawa bentuk bahasa asing lebih baik dan lebih tinggi mutunya, Oleh itu, mereka pun meniru bentuk bahasa itu.  Jadi mereka pun meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, dan tatabahasa tanpa menilai mana yang lebih tepat dengan bahasa sasaran.  Mereka yakin bahawa bentuk bahasa asing itu lebih berprestij dan bermutu. Hasilnya terjemahan nampak janggal dan tidak sampai pada makna yang asal.


                          4) Keinginan untuk Mengekalkan Misteri Sesuatu Bahasa

Ramai orang berpendapat bahawa jikalau sesuatu terjemahan dibuat dengan jelas dan terang, maka akan hilanglah misteri yang ada.  Oleh itu, mereka akan berusaha untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa untuk menarik pembaca.  Sebenarnya hal ini adalah tidak benar, sebab antara tugas utama penterjemah yang baik ialah menjelaskan maksud sesuatu teks sumber dengan mudah dan boleh difahami. Penjelasan misteri ini bukan sahaja bermasalah bahkan menyerabutkan lagi kepala si pembaca.



Sekian,

~ SELAMAT MEMBACA & SEMOGA BERMANFAAT ~


No comments:

Post a Comment