أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Sunday 15 June 2014

Learn Arabic ????? Make It Easy !!!


Assalamualaikum kawan2....
Pernah x kita terfikir nak jadi pandai & mahir dalam bahasa Arab? Mesti pernahkan? Tapi sampai sekarang masih tercari2 kaedah yg plg efisyen untuk diamalkan.... So,, entry kami pd kali ini akan berkongsi sikit tips untuk kite mudah mempelajari serta mahir dalam bahasa Arab.... Jom bace~




(1) Memanfaatkan Kelebihan Kata Pinjaman 

Sebagai rakyat Malaysia yang  menguasai Bahasa Melayu kita  cukup bertuah berbanding rakyat negara lain kerana bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Berbeza dengan bahasa Melayu yang kita gunakan seharian yang banyak persamaan dengan bahasa Arab. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab. Caranya, setiap hari kita cuma ambil satu kata pinjaman untuk dihuraikan, digunakan dan dipraktikkan. .Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan “as-hala qamusin”. Apa yang dimaksudkan dengan “as-hala qamusin” ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami. 



(2) Zikrullah 

Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawapan yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar ?” Jawapannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya sihat dan alhamdulillah”. Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawapan “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain. 



(3) Panggilan Mesra 

Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan يا… (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan seharian kita.  Faedah yang  kita dapat perolehi melalui teknik ini ialah membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina disamping mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi. 



(4) Intonasi  

Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Namun kini untuk memudahkan belajar bahasa Arab, pelajar dikehendaki membaca satu perkataan dalam pelbagai intonasi. Sebagai contohnya perkataan “لا” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “لا” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya. Bukankah ianya lagi menarik ??????? 



(5) Gerak Tubuh

Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka. Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru. Mr Bean misalnya, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab? 




(6) Pengukuhan Melalui ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmah  

Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita ketahui, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikmah dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini. Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian yang besar.




Mudahkan kawan2 teknik yang saya kongsikan??? Jomlah kita praktikkan dalam khidupan..... Bak kate omputih Practice Makes Perfect....  Ahha.... semoga diamalkan & sehingga kita berjumpa lagi... Daaaa... مع السلامة وإلى اللقاء


~ SELAMAT MEMBACA & SEMOGA BERMANFAAT ~


No comments:

Post a Comment