Assalamualaikum,,,,,, Hai kawan2....
Pernah x anda terfikir,, kenapa ada individu sibuk nak menterjemah ??????? Kalau terfikir,, bagus2...
Haaa,, jadi entry kali ini,, saya nak berkongsi serba sedikit tujuan kita atau orang lain menterjemah..
Jom bace bersame-same~
1) Bukan Semua Orang Faham Bahasa Lain
- Ha, antara faktor utama menterjemah ialah kita xfaham sesuatu bahasa. Jadinya susahlah kita nak dapat ilmu kalu bahan bacaan yg hendak kite bace tu dalam bahase lain. Sebab tulah ade buku yang dah diterjemah..
2) Memberikan Maklumat & Idea dari Teks Asal
- Oleh kerana kita xfaham teks asal, jadinya para penterjemah berusaha sedaya upaya untuk memberi kefahaman kepada kita terhadap maklumat yang terkandung dalam teks asal ke dalam bahasa kita.. Baik kan penterjemah?
3) Memudahkan Kita Mendapat Informasi
- Biasanya penterjemah juga mementingkan tindakan yg akan kita lakukan. Contohnya,, kalau kita xfaham arahan yg terdapat pada sesebuah botol ubat, maka kita akan tersalah dos & akan memudaratkan kita. Jadinya tujuan terjemahan dilakukan supaya kita dapat informasi yg betul serta x memudaratkan kesihatan kita.
4) Memberi Kefahaman Sebenar Kepada Pembaca
- Penterjemah juga menginginkan pembaca memahami sesuatu teks dengan betul. Perkara ini biasanya dilaksanakan agar pembaca tidak tersilap langkah.. Bayangkanlah kalau kita tak faham apa yang terkandung dalam sesebuah surat saman misalnya, mesti kita akan buat Bodo saje dan akan mengulangi kesalahan tersebut. Jadinya,, kefahaman yang benar dapat kita peroleh hasil daripada terjemahan yg telah dilakukan....
Haaaaa,, tulah sebab mengapa adenya terjemahan.. Harap anda semua faham...... Sehingga kita berjumpa lagi... Daaaa~ مع السلامة وإلى اللقاء
~ SELAMAT MEMBACA & SEMOGA BERMANFAAT ~
No comments:
Post a Comment