أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

أهلا وسهلا ومرحبابكم ضيوفنا الكرام

التاريخات المفصولة بالزمن

Sunday 15 June 2014

Terjemahanku dan Terjemahanmu Berbeza


Assalamualaikum kawan2,,

Nampak macam menarik kan tajuk kite pada petang ni,,, Pasti kalian tertanye2 apa topik yg admin nak bincangkan pada petang ni sebenarnya... Sebenarnya saya nak ceritakan faktor2 yang menyebabkan berlakunya perbezaan dalam terjemahan atau kata mudahnya penyebab wujudnya jenis2 yang berbeza dalam sesebuah terjemahan............................... Haaa,, jom bace~



Faktor2 Wujud Pelbagai Jenis Terjemahan


(1) Kepelbagaian Jenis Teks yang Diterjemah

- Teks yang diterjemah berbeza-beza jenis seperti surat-surat rasmi, bahan akademik, novel, puisi,            komik, dan buku2 agama. Bahan2 ini perlu disesuaikan bahasanya mengikut situasi bahan tersebut.        Kalau semua teks kite terjemah gune gaya bahasa yg sama kan xbest jadinya,,, betol x???






(2) Tujuan & Motif Penulis Asal serta Penterjemah

- Haaa,, untuk faktor yg ke2 ni kita sukar utk menentukannya.. Sebab motif atau tujuan sesuatu karya     itu ditulis serta diterjemahkan, hanya diketahui oleh si penulis & penterjemah itu sendiri... Namun,         biasanya penulis serta penterjemah x lari dari beberapa tujuan seperti mempengaruhi pembaca,               mendapat simpati dari pembaca, mengubah sikap pembaca dan juga kadang2 melarang atau mengajar     pembaca dalam sesuatu bidang.






(3) Status Pembaca Terjemahan

- Status pembaca terjemahan juga menjadi penyebab wujudnya jenis terjemahan yg berbeza.. Golongan     pakar misalnya membaca buku falsafah dengan minat yang mendalam namun jika dibaca oleh               golongan remaja pasti timbul rasa janggal dalam hati mereka. Bidang minat, umur, asal usul tempat         tinggal serta tahap pelajaran juga menjadi penentu wujudnya ketidakseragaman teks terjemahan.





Haaaaaaa,,, tulah dia faktor utama mengapa wujudnya perbezaan dalam jenis2 terjemahan... Harap anda semua faham dan sehingga kita berjumpa lagi.... Daaaaaaaaaaaa ~ مع السلامة وإلى اللقاء..........



~ SELAMAT MEMBACA & SEMOGA BERMANFAAT ~


No comments:

Post a Comment